" "Aplikasi Snapchat Membunuh?" | Myiklankatalog.com

Translate

NEW

"Aplikasi Snapchat Membunuh?"

 


Topik semasa hari ini adalah,"Aplikasi Snapchat Membunuh!"

Seorang wanita dipercayai telah dibunuh oleh abangya dek kerana memiliki akaun aplikasi snapchat.Kejadian menyayat hati ini terjadi di Arab Saudi dan mayat mangsa telah ditanam di padang pasir.

menurut laman 'Portal The Sun' melaporkan bahawa  kakak mangsa, Manal mendakwa abangnya, Ahmed dan Nasir membunuh adiknya dikenali sebagai Qamar yang berusia 26 tahun,selepas menyedari mangsa mempunyai akaun Snapchat.


manal turut memuat naik gambar tangan berlumuran darah dipercayai milik adiknya dan video ibunya meraung sebaik jenazah Qamar ditemui.Para pengguna halaman sosial terkejut dengan dakwaan tersebut sebelum dia memadamkan beberapa ciapanya di akaun 'Twitter'.

Selepas menimbulkan kekecohan di media sosial, Manal kembali dalam satu ciapan dengan mengatakan dia sihat dan menyerahkan kes ini kepada undang-undang.Sumber:Harianmetro

Baca original topik disini


 


 

 

 

 

No comments

Popular Products